Rasulullah SAW sangat menitikberatkan penjagaan rambut dan bulu-bulu yang terdapat pada badan.Terutamanya bahagian janggut.Ingat tu kaum adam* Baginda mengingatkan kepada sesiapa yang mempunyai janggut hendaklah dijaga dengan kemas dan sentiasa bersih.Beberapa barang yang sentiasa ada bersama baginda adalah sebotol minyak wangi,sikat,gunting kecil,siwak dan cermin.
Saya : "Abang Amy,potong rambut orang best tak?"
Abang Amy : "Mahu tak bestnya.."
Saya : "La yeke ..ape yang bestnya ?"
Abang Amy : "Mungkin anugerah kebolehan yang ALLAH bagi ini menyebabkan abang bertambah sayang kepada Rasulullah.Dalam satu hari,abang mampu memotong rambut pelanggan seramai 20-30 orang.Setiap kali itu jugalah abang akan menggunakan sikat dan gunting untuk mencantik dan mengemaskan rambut mereka.Seperti yang abang beritahu tadi,Rasulullah SAW mengamalkan kekemasan rambut.Apa yang abang buat ini merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW.Apabila ianya sunnah,maka dijanjikan pahala dan syafaat oleh ALLAH SWT .insyaALLAH."
Antara sunnah Rasulullah SAW sewaktu menyisir rambut ,baginda akan menyisir rambut sebelah kanan dahulu.Kemudian barulah diikuti dengan bahagian yang lain pula.
"Barangsiapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku"
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH ; maka ,ikutilah saya(Muhammad),nescaya ALLAH akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.Dan (ingatlah),ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(Ali Imran;31)
notakaki : Bawalah sikat kemana-mana pun anda berada(macam Digi)
Kepada muslimah,kita masih boleh ikut sunnah ini walaupun kita berhijab.Kebersihan separuh daripada IMAN kan?
0 nasihat:
Post a Comment